motivasi pagi

Posted on Updated on

Assalamualaikum wmr.

Kita masih lagi mengingati tarikh 12 rabiulawwal yang mencatat banyak sejarah agung. Bulan inilah lahirnya junjungan besar kita nabi Muhammad saw.  Pada bulan ini jugalah turunnya ayat quran pertama ke dunia iaitu iqra’ dan di bulan ini jugalah tibanya rombongan hijrah yang diketuai rasulallah saw ke kota Madinah.

Secara kebetulan pula dalam kontek kalender masehi, kita memasuki pula tahun baru masehi 2016 sekaligus menunjukkan berlakunya peningkatan usia kita setahun lagi, dengan lain perkataan semakin tua lah kita dan semakin hampirlah kita untuk ditamatkan misi kehidupan kita atas dunia ini.

” dunia diwujudkan untuk ditempatkan kita selaku manusia, manakala manusia diciptakan untuk memakmurkan dunia ini dan sekaligus untuk dihisab oleh ALlah swt di akhirat nanti …”

Oleh itum ayuh kita membina azam dan tekad yang baru. Apa pun pencapaian kita pada tahun 2015 tidak lagi penting. Ia sudah menjadi sejarah. Yang penting bagaimana kita melakar kecemerlangan pada tahun 2016.

Tahun 2016 adalah tahun yang lebih mencabar. Dengan paras harga minyak dunia yang terus menurun. Nilai ringgit yang terus tidak stabil. Kos sara hidup yang semakin tinggi. Ruang dan peluang pekerjaan yang semakin terhad, isu-isu alam sekitar semakin meruncing, api perkauman disuburkan kembali dan lain isu yang berat diperkatakan menjadikan kita benar-benar perlu menjadi seorang hero.  Bagaimana nabi saw bangkit di tengah-tengah kemuncak kehancuran masyarakat ketika itu yang disebut “jahiliah”  lalu bertukar menjadi manusia yang paling bertamadun yang berjaya merubah dunia dan diterima oleh langit.

Maka semangat inilah yang perlu kita ada. Dalam kemelut yang melanda negara sekarang ini, jangan jadikan diri kita hanyut. jangan jadikan diri kita turut miskin tanpa pekerjaan.  Percayalah dalam selut dan lumpur itu wujudnya emas dan permata. Jika ia dicari, lumpur itu dibuang dan dibersihkan dan kita terus mencari…. tidak perlu banyak … sebutir mutiara dan emas yang kita jumpa sudah pasti merubah kehidupan dan generasi kita…….

Bersambung…….

Dr abdullah ismailPB190216.JPG

 

 

 

 

 

BILA KITA DIUJI….

Posted on

UJIAN HIDUP atau MUSIBAH adalah perkara yang pasti akan dirasai oleh semua kita samada ianya berat atau ringan. tetapi ia tetap datang.  berbgai-bagai reaksi dari kalangan manusia apabila menghadapi ujian. Ada yang murung, ada yang  terus tertekan, ada yang menangis, ada yang menyalahkan orang lain atau keadaan…malahan ada yang membunuh diri. Oleh itu sekiranya musibah ini menimpa kita apa yang seharusnya kita buat. Peganglah prinsip-prinsip asas ini.

  1. Berbaik sangkalah dengan ALlah. Setiap ujian itu pastinya datangnya dari ALlah. Pasti dihantar oleh ALlah. Bukan dari orang lain.  Dia yang maha mengetahui.
  2. Setiap ujian yang didatangkan sebenarnya adalah sesuai dengan keupayaan dan kemampuan kita menerimanya. Kita mungkin tidak mengetahui kemampuan sebenar kita tetapi ALlah maha mengetahui.
  3. Percayalah ujian yang kita hadapi adalah tanda ALlah sayang dan ingin meninggikan darjat kita. Dia minta kita bersabar dan akhirnya mertabat tertinggi adalah tetap jadi hamba yang bersyukur.
  4. Allah ingin kita menggunakan sepenuhnya tools atau senjata yang ada. Guna betul betul. Selama ini mungkin kita tidak guna atau kalau guna pun secara terpaksa sahaja. Apa senjata yang disediakan pada kita…..solat, zikir, doa, baca quran, sedekah dll.  Mungkin dengan musibah yang datang, kita dah rasa tak de tempat lagi nak mengadu….anda bangun tengah malam, yang tak pernah anda buat selama ini..anda bertakbir…ALlahu Akbar !!! dikala itu airmataa mula membasahi pipi…terasa benar kelazatannya berada disisi ALLah swt. Anda pun mulai mengadau dan meminta………

Siapakah manusia yang paling berat dab banyak ujiannya ?  Sudah pasti para nabi dan rasul…

Berjumpa lagi.

Dr Abdullah Ismail

MAHU JADI BRILLIANT…..JOM

Posted on

ALhamdulillah, pada hari selasa 18 oktober dimasjid an najah dan semalam di masjid temerloh jaya, saya memberikan kuliah atau syarahan berhubung bagaimana untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Dan topik ini dipilih kerana peperiksaan spm hanya tinggal lebihkurang sebulan sahaja lagi.

Ada banyak aspek yang telah saya sentuh. Di antaranya tingginya taraf penuntut ilmu dalam islam, kepentingan membina matlamat, lengkapkan diri menjadi hamba ALlah yang taat, taat kepada ibu bapa yang akan membuka pintu rezeki, tidak berputus asa, persistent dan mesti rajin berusaha, sehari sekurang-kurang 4 jam untuk ulangkaji diluar aktiviti membuat kerjasekolah dll……

Walaubagaimanapun dalam kajian saya selaku ahli akademik, setelah isu-isu di atas dapat di atasi ada satu lagi halangan besar yang pelajar hadapi iaitu…….KELETIHAN !!!.  Ia melibatkan fizikal dan juga keletihan mental. Indikator pada keletihan fizikal adalah penattt sangat, letihh sangat, hilang tumpuan dan mengantuk.  Tidakkah ini masalah yang sering dihadapi pelajar terutama sebulan,dua sebelum exam ?   Indikator pada keletihan mental adalah susah faham, susah ingat menyebabkan kita menjadi boring. Kedua-dua penyakit ini tak mampu diubat dengan tuition, kelas tambahan dll. Kerana kelas seumpama ini akan menambahkan keletihan tersebut itu yang kadang-kadang cikgu berusaha bagai nak gila..tapi hasil tidaklah seberapa.

So, apa penyelesaiannya ?  Jawapannya badan dan otak kita memerlukan baja. Sawit yang tidak berbaja tidak mati namun tidak berbuah banyak. Maka badan dan otak yang tidak berbaja mengalami sintom tadi dan jangan biarkan. Anda punya potensi A+ A+ A+ maka bajanya adalah SUPLEMENT kerana ia akan membkalkan nutrient yang badan dan ota hilang…

Bcomplexomegaleaesp-soy-protein

1. Mulakan pagi dengan breakfast. Pastikan ambil breakfast, sangat penting. Dan minumlah segelas ENERGIZING SOY PROTIN, ESP.  Sejenis protin bersumberkan soya yang natural. Non GMO soy.   Power sangat.  Protin ini akan memberi nutrien pada sel-sel NEURON otak yang berjumlah lebih 1 billion. Otak segar.

2. Selepas itu ambil sebiji VITALEA dan B.COMPLEX yang akan memberi bekalan nurient yang seimbang seluruh badan dan mengurangkan stress serta memberi TENAGA,

3. Ambil sebiji OMEGA GUARD yg sgt sgt power dengan kandungan DHA dan EPA nya yang membantu otakuntuk cemerlang.

4. Makan malam sebelum maghrib. Dan selepas makan ulang sekali lagi step 1,2,3. Insyaallah.

Jom mulakan sekarang, insy anda akan rasa perubahan secara semula jadi. Saya doakan anda jadi anak cemerlang. Bukan SPM sahaja tapi juga sek rendah, sek men, dan univ.

DR ABDULLAH BIN ISMAIL

013 9279447

RENUNGAN PAGI…setelah 20 tahun

Posted on Updated on

Sepasang pengantin baru yang hidup dalam keadaan miskin. Lalu hasil perbincangan suami mengambil keputusan untuk merantau dan mencari pekerjaan. Mohon kepada isteri terus taat sepanjang peninggalannya. Diringkas dramanya maka bekerjalah beliau dengan seorang majikan yang bijaksana tanpa mengambil upah dengan janji upah itu diambil apabila beliau akan berhenti dan kembali ke desanya bertemu isteri semula.

SETELAH 20 TAHUN bekerja, bermohonlah beliau untuk kembali sambil memohon upahnya. Lantas majikannya menawarkan dua pilihan padanya. Pertama, mengambil upah yang lumayan setelah terkumpul selama 20 tahun.  Kedua, tidak mengambil upah namun mendapat tiga nasihat berguna.  Nasihat dalah ILMU.  Maka akhirnya beliau memilih bekalan nasihat tanpa upah. SUngguh nekad. Tiga nasihat diberikan :

1. Jangan mengambil JALAN PINTAS dalam kehidupanmu. Ia boleh membahayakan nyawa kamu.   2.  Jangan terlalu INGIN TAHU terhadap keaiban dan urusan peribadi orang lain     3. Jangan membuat KEPUTUSAN  dalam kadaan anda sedang marah.

Lalu pemuda tersebut berjalan pulang engan sedikit bekalan dan salah satunya untuk dibuka di rumah bersama isterinya. Setelah lima hari perjalanan beliau terjumpa dengan seseorang lalu ditunjukinya jalan balik yang lebih pendek perjalanannya jika dibandingkan laluan sisuami ini. Penjimatan masanya begitu banyak. Beliau sangat gembira maklumlah dah 20 tahun tidak berjumpa isteri.,tiba-tiba teringat pesanan pertama tadi. Lalu dibatalkan hajatnya menukar jalan. Selang  beberapa hari beliau mendapat khabar ada rompakan dan pembunuhan di jalan pendek tadi.

musafir-493x330

Teruslah beliau berjalan lantas berehat disebuah rumah tumpangan. Setelah mandi dan mula hendak tidur, terdengar satu suara yang menakutkan di luar rumah. Beliau bergegas untuk mengetahui lebih lanjut apa yang berlaku. Niatnya hendak keluar namun teringat nasihat kedua lalu menghentikan langkahnya. Keesokan harinya ketika sarapan, beliau ditanya oleh pemilik rumah tersebut samada ada mendengar suara tengah malam tadi. Belau kata itu adalah suara jirannya yang gila. Ramai yang keluar dari bilik bila mendengarnya dan ia akan dipukul dan dbunuh. Alhamdulillah tidak kamu…dan tibalah pada waktu malam ke rumah yang telah ditinggal selama 20 tahun…tetapi kegembiraan dan keghairahan berjumpa isteri terus hilang bila melihat bayangan samar-samar isterinya bersama seorang  pemuda dan kelihatan begitu mesra.  Beliau ingin membunuh keduanya, namun teringat nasihat ketiga tadi lalu tidur di luar rumah.

Keesokannya dengan tenang beliau memberi salam lalu melurulah isterinya memeluk suami tercinta. Lantas ditolaknya perlahan-lahan sambil menyatakan kamu sudah mungkir janji dan tidak taat kepada aku lantas memandang kearah pemuda tersebut. Lalu isteri mengatakan sebaik beliau melangkah pergi, baru didapati dirinya mengandung dan inilah anak kita yang sudah berumur 20 tahun..menangis dan bersyukurlah mereka lalu dibukanya satu bekalan untuk dimakan bersama. Ada makanan berupa roti dan bersamanya juga sejumlah WANG yang begitu banyak melebihi dari gaji sepatutnya sekaligus mampu menukar corak kehidupan mereka….subhanallah.

Inilah ILMU dan hasil PENGORBANAN beliau. Begitulah bila ALlah suruh kita banyak bekorban. Meninggalkan nafsu dan kesukaan kita. Sebenarnya dia hendak memberi sesuatu yang lebih dari kita jangkakan…Ayuh kita terus menuntut ilmu, ayuh kita terus bekurban untuk agama ini, ayuh kita terus bermujahadah walaupun ia cukup memenatkan..

 

 

 

RENUNGAN PAGI….

Posted on

Alhamdulillah, shukur kita diberi kesempatan untuk berada di tanggal 10 muharram yang mana peluang untuk kita melaksanakan satu amalan sunnah yang sangat pahalanya iaitu amalan berpuasa.

Dari Ibn Abbas ra dia berkata :

Rasulallah SAW tiba di madinah, baginda melihat kaum yahudi berpuasa pada hari Asyura’ ,  mereka berkata,  ” Lebih tepatnya pada hari Musa mengalahkan firaun..” maka Rasualah SAW bersabda kepada para sahabatnya : ” kalian adalah lebih berhak terhadap Musa berbanding dengan mereka, maka berpuasalah.”   ( HR Bukhari No.4312 )

Dari hadis di atas adalah jelas puasa pada hari ini adalah tanda syukur nabi ALlah Musa atas kemenangan umat Islam menewaskan firaun. Dan lebih menarik lagi amalan puasa asyura’ ini adalah amalan nabi Muhammad SAW sebelum datangnya arahan kewajipan berpuasa Ramadhan dan baginda mengajak para sahabat untuk melaksanakannya.

Apabila nabi Musa melakukannya, diikuti pula nabi yang paling tinggi kedudukannya SAW turut melakukannya sudah pastilah ia satu amalan yang sangat disukai oleh ALlah swt. Dan sekiranya kita penat, kita malas, kita rasa tak mampu, banyak agenda di pejabat yang melibatkan makan…..namun kita puasa juga. maka berpuasa juga itu dipanggil mujahadah.  Kesemua itu kita buat untuk apa ?  Tanda apa ? Tak lain tak bukan tanda SYUKURnya kita atas kurnia dan nikmat yang ALlah berikan pada kita.

Hari ini kita dibangunkan oleh ALlah swt dalam keadaan segar sempurna. Walhal ALlah boleh saja memuktamadkan  kematian kita. Ini kerana tidur adalah separuh dari kematian, kita tidak sedar apa-apa. Bayangkan  tiba-tiba kita tersedar dengan himpitan kubur yang sempit lagi gelap serta suara sang malaikat yang menyoal kita.  Sudah pasti itulah saat yang amat menakutkan, saat yang penuh penyesalan…barulah teringat..ruginya aku tidak bersedekah, ruginya aku tidak menjkaga mak ayahku ketika mereka masih ada, ruginya aku tidak berjemaah, ruginya aku jarang baca quran, ruginya aku tidak qiamullail, ruginya akau jarang berpuasa sunat….. ruginya, ruginya, ruginyaaa. 

Tiba-tiba kita tersedar dari tidur…..alhamdulillah, rupanya ALlah sangat sayangkan kita, Dia ingin memberikan peluang lagi kepada kita untuk terus membaiki amalan dan segala kekurangan kita sehinggalah kita benar-benar layak untuk bertemu denganNya nanti. Maka dengan kesyukuran itulah kita berpuasa hari ini……..

Dr Abdullah Ismail

0139279447

RENUNGAN PAGI…..

Posted on

Assalamualakum wmr,

Hassan Basri ditanya oleh anak muridnya : Apa rahsia zuhudmu di dunia ini ? Beliau lalu menjawab :

Aku tahu REZEKI aku tidak akan diambil oleh orang lain, oleh sebab itulah hati aku sentiasa tenang…..

 Aku juga tahu AMALKU tidak akan boleh dikerjakan oleh orang lain, kerana itulah aku sebok beramal  soleh…

Aku tahu ALlah Ta’ala selalu MEMERHATIKANKU, kerana itulah aku malu jika ALlah melihatku dalam keadaan sedang bermaksiat… 

Dan aku tahu KEMATIAN itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambahkan bekal untuk hari pertemuanku dengan ALlah nanti…

Demikianlah pandangan dan ungkapan seorang manusia yang begitu hebat, seorang yang memahami Islam dalam ertikata yang sangat luas. Seorang yang tidak hairan  insyallah mendapat kejayaan di hari akhirat, tetapi tetap cemerlang ketika berada di atas muka bumi. Dimuliakan oleh warga langit dan pasti juga dimuliakan oleh warga dunia.

Tidak salah mengejar kekayaan. Ia bukan bermakna kita mengejar dunia. Kekayaan boleh dijadikan jambatan untuk ke syurga. Ikhlas infak kita,ikhlas derma kita pada masjid, pusat pengajian, fakir, miskin, menaja program dakwah semuanya menjadi bekalan pada kita nanti.

Cuba kita perhatikan hari ini dalam dunia perniagaan, kadang-kadang manusia tidak segan melakukan dosa demi keuntungan. menipu harga, menipu kualiti barang, menipu dacing, tamak haloba dll..   Begitu juga untuk mendapatkan projek, sanggup melakukan rasuah, penindasan, menekan orang lain, dengki, khianat pada orang berjaya semua menjadikan kehidupan walaupun berjaya disudut keduniaan tapi hidup penuh keresahan dan susah. Malah lebih malang kadang-kadang juga tidak berjaya.

orlando

Ayuh kita berniaga dan jangan irihati pada orang yang lebih hebat.. Doakan mereka dan belajar sesuatu dari mereka.   Ayuh kita belajar. jangan dengki pada kawan-kawan kita yang cemerlang, straight A, CGPA 4.0, anugerah dekan, pelajar kesayangan guru dll… biarkan mereka malahan doakan mereka..tugas kita pelajari sesuatu dari mereka untuk kita tiru atau duplikasi.

Terus berusaha, banyakkan amal soleh, ingat hidup kita sementara.  rebutlah peluang untuk buat baik sebelum peluang tersebut hilang lenyap dari kita.

Selamat menuju kecemerlangan !!!

Dr Abdullah Ismail

0139279447

 

KESIHATAN TERBAIK….

Posted on

Menurut dr Bruce Miller seorang tokoh perubatan moden dan holystic, mengeshorkan TIGA perkara mesti diambil berat untu mendapatkan kesihatan yang optima dan berpanjangan.  Pertama, mempunyai kegiatan senaman yang teratur. Kedua, menjaga apa yang kita makan dan minum.  dan yang menarikya kebanyakan orang termasuk beliau hanya menumpukan dua faktor ini sehinggalah beliau berhadapan dengan kematian client di bawah jagaannya dari kumpulan olahragawan/ahli sukan yang pasti menjaga kedua faktor di atas. Bila dikaji rupanya mereka ini kekurangan beberapa zat atau nutrient penting yang badan perlu tetapi tidak mencukupi dari diet harian mereka lalu beliau menambah faktor ketiga adalah, keperluan nutrien atau vitamin yang mencukupi setiap hari.

Hari ini saya menulis tentang keperluan PROTEIN. Zat yang paling asas diperlukan oleh badan dari hujung rambut hingga hujung kaki, luaran dan dalaman hingga ke sel-sel tubuh. Protein yang mencukupi akan membantu perkara-perkara berikut :

  1. Membantu program tumbesaran tubuh. Oleh itu kanak-kanak amat perlu
  2. Membekalkan tenaga berterusan
  3. Memperlahankan penuan. Luaran dan dalaman. Nampak muda
  4. Membaiki sel-sel dan tisu yang rosak.
  5. Meningkatkan imun system. Susah demam.
  6. Khasiat dan kesihatan untuk kulit, kuku, rambut, otot, dan hormon.

 

esp-dn-gelas

PERSOALANNYA ?  Nak makan sumber apa. Ikan ? Ayam ? Telur ? Daging ? semuanya kaya protein.  Protein di atas adalah bersumberkan HAIWAN, ia tidak bagus. Menurut kajian, apabila sumber protein ini kita ambil setiap hari maka setiap harilah kidney kita terpaksa memprosesnya sehingga ia merasa terbeban dan akhirnya dia ‘malas’ untuk proses dan bermulalah masalah buah pinggang yang ditakuti.

esp

SO ?  pENYELESAIANNYA ?  Ambillah protein bersumberkan tumbuhan.  Saya shorkan protein terbaik ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)bersumberkan soya.  Soya pula sgt special, buka soya biasa tapi  NON G.M.O soya asli. larut dengan begitu pantas tanpa membebankan buah pinggang. Sangat hebat. Antara yang terlaris dalam pasaran seluruh dunia.  Memadai 2 sudu untuk sehari. produk ini telah hampir 50 tahun dalam pasaran.

Dan bulan ini ada  SPECIAL OFFER. Tinggal 5 hari aje lagi. jadikan minuman keluarga kita semua.

Hubungi saya, ESP ini akan sampai ke rumah anda.

Dr abdullah bin ismail

0139279447

MOTIVASI PAGI….

Posted on

how-lianALhamdulillah, semalam saya berkesempatan memberikan syarahan motivasi kepada pelajar-pelajar muslim dari SM Hwa Lian, Mentakab. Dari 1500 orang pelajar di sekolah tersebut, terdapat lebihkurang 200 pelajar muslim.

Tahniah saya ucapkan pada pelajar yang berdisiplin dan mampu bertahan selama dua jam walaupun dalam situasi yang tidak begitu selesa kerana terpaksa bersila dalam dewan. Dan sesuatu yang terpancar adalah kehebatan dan keikhlasan guru-guru dan pimpinan sekolah yang turut sama mendengar dengan penuh minat dari awal hingga akhir.

Ada beberapa perkara saya titipkan kepada pelajar-pelajar untuk menuju kepada kecemerlangan atau menjadikan diri kita cemerlang. Diantaranya ialah :

Saya gambarkan isihati dan kehendak seorang ibu atau ayah daripada anak-anaknya. Kehendak ini boleh jadi disebut menerusi kata-kata mereka namun seringkali tidak disebut cuma disimpan dalam hati. Bagi menjadikan saya ni lebih dekat dengan mereka….ayah itu adalah saya sendiri sebagai contoh dan anak-anak saya mewakili kumpulan anak-anak.  Diantara cita-cita saya selaku ayah saya sebut :

* Kehidupan dalam sebuah keluarga yang bahagia dan penuh kasih sayang

* Dapat beribadat bersama-sama seperti solat berjemaah, baca quran, pergi umrah..

* Melihat anak-anak cemerlang dalam akademik. Seronok melihat anak naik pentas                terima hadiah kecemerlangan di peringkat sekolah dan menghadiri Konvokesyen                  diperingkat universiti.

* Dapat meneruskan kehidupan sebagai manusia cemerlang, menyumbang sesuatu                  pada agama dan negara  dan mengekalkan identiti sebagai Insan Soleh yang                              berpegang teguh dengan agama untuk emak ayah mampu bernaung  nanti

Apa yang saya hendak itu, sama dengan apa yang ibu-bapa kamu hendak. Ayuh, kita maju penuhi kehendak dan impian mereka. Sudah pasti impian mereka merupakanimpian kita juga.

Seterusnya, saya menyarakan beberapa perkara untuk dibuat. dan ia merupakan resepi yang dilalui oleh mana-mana insan cemerlang hari ini.

Pertama, nyatakan dan tulis “apa yang anda mahu dalam hidup ini”. Dengan bahasa mudahnya jelaskan MATLAMAT yanganda sedang buru. Tulis yang besar-besar, yang jauh-jauh saya bimbing untuk perkecilkan kepada tahap-tahap masa.

how-lian2

Kedua, buat DECISION untuk mempastikan matlamatitu dicapai walaupun ia amat memeritkan. Contoh, saya dah nekad untuk tidak menonton TV lagi selepas jam 8 malam bagi saya tumpukan pada buku…. saya tidak akan menangguh lagi segala kerja sekolah yang guru beri..dan, dan, dan…

Ketiga, saya tegaskan betulkan CARA BERFIKIR.  Fikiran hendaklah sentiasa positif dan optimistik.  Saya tegaskan kejayaan pertama kamu bukan lagi result tapi cara berfikir kamu.  Saya sebut lagi….. perbezaan ORANG BIASA (ordinary man) dengan manusia LUARBIASA (extra ordinary man) adalah bagaiman MEREKA BERFIKIR terhadap kehidupan dan masa depan….

…..bersambung

Dr abdullah haji ismail